Masalah biasa ketika membeli-belah secara online

(Sesuai untuk bahan bacaan kepada pemilik/jurujual produk untuk memahami habit pelanggan ketika membeli-belah di online)

Walaupun banyak kelebihan membeli-belah secara online tetapi terdapat juga masalah yang mungkin berlaku dengan cara membeli-belah ini.

Masalah-masalah seperti memesan barang yang salah, menerima barang yang salah dan perlu memulangkan barang yang salah dihantar sering kali boleh menjadi sebab yang cukup penting prospek mempertimbangkan keputusan mereka untuk membeli barang secara online.

Walaupun masalah ini merupakan antara yang paling biasa berlaku dalam membeli-belah secara online, namun ia tidak semestinya kerap berlaku pada kebanyakan pembeli online.

Walau bagaimanapun, apabila ianya berlaku ia boleh menyebabkan tekanan dan rasa kecewa yang amat sangat pada pembeli online.

Masalah biasa ketika membeli-belah secara online

==
3 Perkara yang biasa berlaku ketika membeli-belah secara online
==

Kita akan bincangkan sebahagian daripada masalah-masalah yang biasa dalam usaha untuk membantu prospek kita membuat keputusan yang bijak mengenai sama ada mereka perlu atau tidak untuk membeli barang secara online.

 


1) Memesan Barang Yang Salah

Apabila membeli-belah di kedai-kedai tradisional ianya agak sukar untuk secara tidak sengaja membeli barang yang salah kerana dalam proses jualan kebiasaannya akan melibatkan pembeli membawa barang fizikal sehingga ke kaunter bayaran untuk membuat pembelian.

Walaubagaimanapun, dalam perniagaan online, pembeli tidak boleh mengendalikan barang yang hendak dibeli secara fizikal sebelum pembelian dan penghantaran selesai.

Jadi, ada kemungkinan akan berlakunya kesilapan dalam memesan dan membeli barang yang salah.

Ini boleh berlaku apabila pembeli menggunakan laman web untuk membuat pembelian dan klik pada barang yang salah atau apabila pembeli menghubungi khidmat pelanggan untuk membuat pembelian dan menyatakan nombor produk yang salah.

Bahkan jika pembeli telah memilih produk yang betul dan menyatakan nombor produk dengan tepat sekalipun, kesilapan masih boleh berlaku semasa membuat pesanan terutamanya apabila terdapat pilihan seperti saiz atau warna yang berkaitan dengan produk tersebut.

Masalah ini boleh menjadi sesuatu yang agak menjengkelkan dan merumitkan kerana pembeli akan berasa kecewa apabila produk yang salah diterima.

 


2) Menerima Barang Yang Salah

Walaupun pembeli online tidak membuat kesilapan semasa proses pesanan, ianya masih berkemungkinan untuk pembeli menerima barang yang salah.

Ini sering berlaku apabila pesanan dikendalikan secara manual dan kesilapan dilakukan di gudang.

Pembekal di gudang mungkin menghantar barang yang salah sepenuhnya atau mungkin menghantar barang yang betul tapi melakukan kesilapan dari segi saiz atau warna.

Pembeli berkemungkinan besar tidak tahu kesilapan yang berlaku sehinggalah barang pesanan mereka tiba.

Peruncit online kebiasaannya akan bertanggungjawab untuk mengembalikan barang yang salah kepada pembekal dan akan menghantar barang yang betul secepat mungkin.

Walaupun demikian, ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya dalam sesetengah keadaan.

Contohnya, pembeli yang membeli barang untuk digunakan bagi sesuatu majlis tertentu mungkin tidak menerima barang gantian pada masa sepatutnya untuk majlis tersebut.

 


3) Keperluan Untuk Memulangkan Barang

Dalam situasi di mana pihak pembeli online memesan barang yang salah atau situasi di mana peniaga online yang tersilap menghantar barang yang salah.

Ia memerlukan pembeli untuk memulangkan semula barang tersebut kepada peniaga online.

Walaupun ini mungkin nampak seperti bukan satu masalah yang besar tapi ia mungkin boleh menyusahkan sesetengah pembeli online.

Ini boleh berlaku terutamanya kepada pembeli yang memilih untuk membeli-belah secara online disebabkan mereka bekerja pada waktu yang tidak tetap dan keadaan ini mungkin menyukarkan mereka untuk memulangkan barang yang salah dihantar kepada mereka secepat mungkin.

Ini adalah kerana proses pemulangan semula barang kepada peniaga online biasanya akan melibatkan membawa barang tersebut ke pejabat pos atau syarikat penghantar barangan.

Bergantung kepada waktu kerja pembeli tersebut, ia mungkin menyukarkan mereka untuk pergi ke pejabat pos atau syarikat penghantar barangan semasa waktu perniagaan biasa.

Dan, ini mungkin memaksa pembeli untuk mengambil cuti atau menggunakan waktu kerja mereka untuk menyempurnakan proses pemulangan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *