Cara untuk menetapkan matlamat bisnes

Di dalam buku Empayar Perniagaan Internet, Ammar Zahar menekankan kepentingan memasang matlamat ataupun ‘goal’ ini.

Bahagian pertama di dalam buku beliau adalah..

Pembentukan Mindset Jootawan Internet.

Cara untuk menetapkan matlamat bisnes

==
Minda – Membezakan orang berjaya dengan orang yang gagal!
==

Jadi, dalam membentuk mindset Jutawan Internet ini,

Ammar Zahar menegaskan;

“Saya telah melatih dan membantu beribu usahawan tidak kira di dalam mahupun di luar negara membuat duit melalui Internet. Apa yang saya nampak, perbezaan di antara orang yang berjaya dan gagal di dalam dunia bisnes Internet adalah terletak pada minda (mindset) mereka.”

 

==
Mula dengan pembentukan minda dahulu, baru bina bisnes
==

Sebelum kita mahu pergi lebih jauh, apa matlamat yang kita mahu capai?

Seperti kata Ammar Zahar, ibarat kita bermain bola sepak.

Ke mana kita mahu pergi jika tidak ke gol untuk menjaringkan bola.

Begitu juga dengan bisnes online. Apabila kita tidak mempunyai goal/matlamat, sudah tentu kita akan letih kerana tidak ada arah tuju untuk dicapai.

 

==
5 Contoh Matlamat Kecil – Yang boleh kita capai dalam masa 5 tahun ini
==

Mulakan dengan menulis matlamat kecil dahulu. Capai matlamat kecil. Selepas itu, realisasikan matlamat besar. Matlamat kecil yang boleh kita capai dahulu adalah:

1) Menyelesaikan semua hutang dalam masa 3 tahun.

2) Memiliki sejuta ringgit dalam masa 5 tahun dari sekarang.

3) Mencapai pendapatan pasif berjumlah RM5,000 sebulan.

4) Berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada bisnes online dalam masa 4 tahun dari sekarang.

5) Mengerjakan umrah buat kali pertama dalam masa 6 bulan dari sekarang.

 

Apabila kita sudah ada matlamat kecil yang mahu dicapai, teruskan usaha sehingga mencapai matlamat kecil ini.

Selagi tidak tercapai, jangan berhenti atau membuat kerja lain.

PS: Matlamat-matlamat kecil ini di ambil daripada buku Empayar Perniagaan Internet, tulisan Ammar Zahar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top