7 Pemasaran UTAMA Di Internet

Bagi peniaga online, banyak medium pemasaran yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan produk/servis melalui Internet.

Terdapat 2 jenis pemasaran online, iaitu pemasaran percuma dan juga pemasaran berbayar. Kedua-dua jenis pemasaran ini membawa masuk pelbagai jenis trafik. Tetapi, hasil daripada 2 jenis pemasaran ini berbeza bergantung kepada kemahiran peniaga online tersebut.

Untuk pemasaran jenis berbayar, biasanya kita memerlukan kos duit untuk melaksanakannya. Walaupun duit banyak berhabis, tetapi kita boleh melihat hasilnya dengan cepat.

Kerja pun lebih mudah. Dengan hanya sekali setup (atau buat kerja sekali sahaja), kita boleh mendapat trafik yang banyak. Dalam masa yang sama, dapat juga membuat jualan dengan banyak.

Manakala, pemasaran percuma perlu, kita memerlukan komitmen kos masa untuk melihat hasilnya. Walaupun tidak mengeluarkan modal wang ringgit, tetapi kita perlu berkorban dari segi masa untuk melihat hasilnya berjaya.

Seperti di dalam ebook Pemasaran Utama Internet ini, penulisnya berkongsi 7 jenis pemasaran yang boleh kita lakukan untuk menarik lebih banyak trafik dan jualan di Internet:

==
7 Cabang Pemasaran Online
==

Pemasaran UTAMA Di Internet

1) Pemasaran Forum (percuma)

Forum adalah tempat terbaik sekiranya kita mahu mempromosikan dalam niche yang kita jual disamping bertukar-tukar pandangan dan pendapat di forum.

Bukan setiap masa kita menjual. Tetapi, lebih kepada meraikan pendapat dan berkongsi jalan penyelesaian. Signature kita di forum yang akan membuat kerja-kerja menjual.

 

2) Pemasaran Sosial – media sosial (percuma)

Ada Facebook, Twitter, dan Instagram? Jika anda ada akaun media sosial, anda boleh mempromosikan produk atau servis anda secara percuma di media-media sosial ini.

 

3) Pemasaran Email (berbayar)

Nak tahu rahsia bagaimana ramai peniaga online boleh berjaya dan bertahan lama di dalam dunia bisnes online?

Kerana, mereka mempunyai database dan juga autoresponder! Sistem ini membantu anda mengumpul prospek, membuat email follow-up, menghantar promosi..

Semuanya secara automatik! Sebab itu, mereka sanggup melabur ribuan ringgit setiap bulan semata-mata untuk maintain sistem ini boleh bergerak setiap hari.ย ๐Ÿ™‚

 

4) Pemasaran Blog (percuma + berbayar)

Pemasaran Blog, ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Jika blog itu kepunyaan kita sendiri, kita dapat mengawal trafik yang masuk serta menjimatkan kos pemasaran.

Tetapi, jika kita meletakkan iklan banner di blog yang bertrafik tinggi, kita perlu mengeluarkan kos untuk membayar ruangan sewa banner di blog tersebut.

 

5) Pemasaran Artikel (percuma)

Pernah tak dengar tentang pemasaran artikel untuk bisnes? Iaitu, menulis artikel untuk menjual?

Pemasaran jenis ini adalah pemasaran jenis percuma. Di mana, kita menulis sebuah artikel yang dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan..

Kemudian, kita mula menjual di ruangan akhir artikel tersebut. Jika pembaca merasakan artikel kita itu bagus dan membantu menyelesaikan masalah, mereka akan klik butang link yang kita sertakan di akhir artikel untuk membeli produk/servis yang kita jual.ย ๐Ÿ™‚

 

6) Pemasaran Video (percuma)

Pemasaran video adalah di antara pemasaran yang murah di antara pemasaran-pemasaran online yang lain.

Percaya atau tidak, ramai orang pada hari ini semakin suka menonton video. Tidak syak lagi, kenapa banyak bisnes-bisnes besar menggunakan pemasaran video ini untuk mempromosikan produk mereka.

Kerana, orang lebih suka menonton cerita daripada membaca cerita. Antara medium yang anda boleh gunakan untuk membuat pemasaran video adalah:

  1. a) Youtube
    b) Google Video
    c) FB Live

 

7) Pemasaran Viral (percuma & berkesan)

Pemasaran Viral adalah kaedah pemasaran yang paling mudah, tidak mengeluarkan kos yang tinggi tetapi dapat mencapai lebih ramai orang dalam masa yang pantas dengan usaha yang paling minimal.

Melalui pemasaran viral, pelanggan diminta untuk menyebarkan maklumat viral ini supaya menghasilkan pertumbuhan bisnes dan juga jenama.

Apabila jenama sudah viral, mudah untuk menjual barang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top