3 Bentuk Produk – Yang boleh dijual secara online

Apakah produk yang sesuai dijual melalui Internet?

Banyak produk yang boleh kita promosikan melalui Internet. Dari sekecil-kecil produk, sehingga sebesar-besar produk.

Bentuk Produk – Yang boleh dijual secara online

Janji produk yang kita jual ini merangkumi 3 bentuk produk ini.

3 bentuk produk yang dimaksudkan adalah:

1) Produk Fizikal

2) Produk Digital

3) Servis/Perkhidmatan

 

==
3 Bentuk Produk Yang Boleh Dijual Di Internet
==

Kita boleh bantu menyelesaikan masalah pelanggan dalam 3 bentuk produk ini:


1) Produk fizikal

Produk yang boleh dipegang, dirasai dan dihidu (untuk jenis produk makanan).

Biasanya, produk dalam bentuk ini banyak di dalam pasaran sekarang.

Seperti pakaian, minuman, makanan, buku, telefon, ubat kurus, ubat kencing manis, teddy bear dan pelbagai lagi produk fizikal yang lain.

 


2) Produk digital

Produk yang boleh dibaca, didengari dan dilihat melalui medium-medium elektronik seperti telefon pintar, laptop, komputer dan perakam suara.

Biasanya, produk ini akan dijual dalam bentuk PDF (boleh dibaca melalui telefon pintar, laptop, komputer), ebook, audio, video dan juga slideshow.

Kebanyakan penyelesaian produk digital adalah dalam bentuk teori dan praktikal (tutorial).

Contoh:

  1. a) Video bagaimana nak kurus.
  2. b) Ebook formula meningkatkan jualan melalui pemasaran Facebook,
  3. c) Audio rahsia Close sale dengan menggunakan SMS/Whatsapp.
  4. d) Slideshow cara-cara untuk menghasilkan 4-5 angka dalam masa 30 hari dengan pelancaran produk.

 


3) Servis

Produk terakhir yang boleh kita bantu selesaikan masalah pelanggan adalah melalui servis.

Apa yang pelanggan tidak boleh buat (antara tidak mampu atau tidak cukup masa), kita buatkan untuk mereka.

Sebagai contoh;

  1. a) Servis lipat baju.
  2. b) Servis hantar makanan.
  3. c) Servis pelamin.
  4. d) Servis bina website.
  5. e) Servis bunuh anai-anai.

Kita juga boleh bantu pelanggan selesaikan masalah mereka dalam bentuk pendidikan.

Seperti seminar, bengkel-bengkel keusahawan dan kelas online.

==
Apa yang penting, produk yang kita mahu jual itu, melengkapi 2 perkara ini:
==

  1. i) Produk yang membantu menyelesaikan masalah pelanggan.
  2. ii) Produk yang membantu menambah nilai dalam hidup pelanggan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top