3 Aset Penting Dalam Bisnes Online

Aset adalah harta bernilai di dalam bisnes online yang kita mahu bina. Dengan adanya aset, kita dapat membina bisnes online yang bertahan lebih lama.

Aset Penting Dalam Bisnes Online

Kenapa kami katakan ASET penting?

Kerana, 3 aset ini sangat-sangat PENTING untuk membina bisnes online yang berjaya dan bertahan bertahun-tahun lamanya.

==
3 ASET Penting Bisnes Online
==

3 aset yang kami maksudkan adalah:

1) Database

2) Rakan JV (Joint Venture)

3) Jenama

 

3 aset ini kami ambil daripada buku Empayar Perniagaan Internet, terbitan Jootawan Group Sdn Bhd.

==
1) Database
==

Di dalam buku Empayar Perniagaan Internet, Ammar Zahar menekankan kepada kita, bertapa pentingnya untuk kita mengumpul database.

Database adalah himpunan maklumat diri tentang bakal pelanggan dan pembeli kita.

Maklumat yang kita boleh ambil daripada diri pelanggan adalah seperti;

  1. a) Nama
  2. b) Nombor Telefon
  3. c) Emel
  4. d) Alamat rumah

 

Kenapa database dikatakan aset di dalam bisnes online?

“Kerana, semakin banyak database pelanggan yang kita ada, semakin besar saiz akaun bank kita”, tambah Ammar Zahar lagi.

 

==
2) Rakan JV
==

Rakan JV adalah sahabat kita di dalam bisnes online.

Apabila kita mahu menjalankan bisnes online, kita tidak boleh berniaga secara berseorangan.

Kita perlu berkawan-kawan. Sebab itu, kenapa rakan JV adalah salah satu aset terpenting di dalam bisnes online.

Dengan bantuan rakan JV, kita boleh meminta pertolongan mereka untuk mempromosikan produk ketika kita melancarkan produk terbaru.

Sebagai balasan, kita bantu mereka semula apabila mereka melancarkan produk terbaru mereka nanti.

Bukan itu sahaja, rakan JV juga membantu menambah pengetahuan baru ke dalam diri kita kerana kita boleh pelajari perkara yang kita tidak tahu dengan rakan JV.

 

==
3) Jenama
==

Kenapa Ammar Zahar tekankan topik jenama di dalam buku Empayar Perniagaan Internet beliau?

“Jenama adalah aset anda. Jika anda sudah mempunyai jenama sendiri di luar sana, teruskan menggunakan jenama tersebut di dalam bisnes online”, kata Ammar Zahar.

Jenama adalah cerminan bisnes kita terhadap pelanggan. Apa yang kita mahu pelanggan kenal dengan bisnes kita melalui jenama yang kita bina.

Sebagai contoh, apabila kita menyebut tentang KFC, terbanyak di kotak fikiran kita tentang kerangupan ayam gorengnya.

Begitu juga apabila kita menyebut Colgate. Kita sudah terbayang ubat gigi yang kita selalu pakai setiap hari.

Begitu juga ceritanya dengan jenama kita. Apabila mereka menyebut jenama kita, kita mahu pelanggan terbayang produk yang kita jual. Dan, masalah yang dapat kita bantu selesaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *