3 Asas UTAMA Bisnes Online

Dalam bisnes online, ada 3 perkara penting yang kita perlu kuasai. Iaitu;

1) Product (produk).

2) Page (laman untuk kita letakkan produk).

3) Promotion (promosi).

Asas UTAMA Bisnes Online
Asas UTAMA Bisnes Online

==
1) Product (produk)
==

Perkara pertama yang perlu kita ada untuk bisnes online adalah..

PRODUK.

Seperti mana bisnes offline, kita perlu ada produk untuk menjual di Internet.

Jika produk kita itu tiada atau diragui, takut nanti orang akan menggelar kita sebagai ‘scammer’ atau ‘penipu’. Kerana, menjual produk yang tidak wujud secara atas talian.

Jadi, cari produk yang menyelesaikan masalah dan memberi keuntungan kepada kita. Antara ciri produk yang boleh kita cari adalah:

  1. a) Mudah didapati.
  2. b) Mudah dihantar.
  3. c) Mempunyai keuntungan apabila kita menjualnya kelak.
  4. d) Mempunyai permintaan.
  5. e) Dan paling penting, dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan kita.

 

==
2) Page (laman untuk kita letakkan produk)
==

Perkara kedua yang penting di dalam bisnes online adalah membina page.

Iaitu, laman yang mudah untuk pelanggan kita melihat produk kita nanti.

Laman atau page ini boleh dibuat dengan website, minisite, Facebook page ataupun blog.

Apabila kita sudah mempunyai page sendiri, senang untuk kita menghantar prospek masuk ke dalam page ini.

Biar mereka baca, faham dan membuat pembelian melalui page ini.

 

==
3) Promotion (promosi)
==

Perkara terakhir yang perlu kita buat dalam bisnes online adalah promosi yang berterusan.

Banyakkan aktiviti promosi untuk memperkenalkan produk kita kepada orang ramai.

Kemudian, bawa mereka masuk ke dalam page kita untuk melihat produk dan seterusnya membuat pembelian.

Promosi berterusan boleh dibuat melalui Facebook, emel, Instagram, Youtube, flyers, banner, ebook, buku dan macam-macam lagi medium pemasaran yang ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top