Kenapa aku perlu berbisnes?

Ramai daripada kita, sering kali tersalah bertanya soalan. Setiap kali kita mahu mulakan bisnes, kita selalu akan bertanya, bagaimana mahu mulakan bisnes tersebut?

Bagaimana nak buat duit yang banyak dengan bisnes? Serta soalan bagaimana yang lain sering kali berlegar-legar di dalam kotak pemikiran kita.

Sepatutnya, soalan yang perlu kita tanya adalah..

“Kenapa aku perlu berbisnes / mulakan bisnes?”

Daripada soalan ini, kita akan mendapat jawapan yang berbeza daripada soalan ‘bagaimana’ itu.

Kenapa aku perlu berbisnes?

==
Kuasa ‘The Reason of WHY?’
==

Di dalam ebook Seni Bisnes Start Up, penulis ebook, Haryzat Zulzahary berkongsi ilmu tentang bagaimana hendak bertanya soalan yang betul. Dan, kenapa kita perlu bertanya soalan sedemikian.

“Bagaimana..” – adalah sebuah soalan yang tidak mempunyai roh. Apa sahaja soalan yang berkaitan dengan ‘bagamana’, ia sangat-sangat tidak membantu kita untuk mendapat jawapan yang kita mahukan (soalan yang berkaitan dengan pembangunan kendiri kita).

Bayangkan, kita selalu bertanya soalan ‘bagaimana’ untuk setiap pertanyaan yang berada di kotak pemikiran kita. Secara tidak langsung, kita sebenarnya sedang mencipta satu alasan yang kukuh untuk mencapai matlamat yang tiada penghujungnya. Orang putih kata, “Endless goal!”

Kita sentiasa berlegar-legar di soalan bagaimana sehingga kita tidak tahu hendak buat apa. Sebaliknya, apabila kita bertanya soalan “Kenapa / Why?”, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

==
Tukar kepada mindset KENAPA
==

Mulai saat ini, cuba ubah setiap soalan yang kita mahu tambah nilai untuk kehidupan kita pada hari ini. Kita akan lihat, jawapan yang kita bakal perolehi itu sangat membantu untuk meningkatkan kualiti hidup kita pada hari ini.

Contohnya, kita tanya soalan, “Kenapa aku mahukan duit lebih?”

Kita jawab, “Supaya aku dapat menanggung keluarga, membeli rumah serta kereta untuk isteri aku.”

Tanya lagi soalan, “Kenapa aku perlu menanggung dan membeli keperluan mereka?”

“Kerana, aku mahu membahagiakan keluarga aku.”

Tanya lagi soalan supaya kita mendapat jawapan yang sangat memuaskan, “Kenapa aku perlu membahagiakan mereka?”

Sudah pasti, jawapan kita adalah, “Kerana, mereka adalah orang yang aku sayang. Dan, aku mahu mereka berasa gembira sepanjang bersama dengan aku.”

Nah! Sekarang ni kita sudah mempunyai matlamat yang kukuh kenapa perlu mempunyai banyak duit. Daripada kita bertanya soalan ‘Bagaimana nak buat duit banyak dengan bisnes?’, sudah pasti jawapan yang kita berikan adalah bisnes apa yang memberi pulangan yang banyak.

Sebaliknya, matlamat sebenar yang kita mahukan adalah bahagia bersama dengan keluarga.

==
Ubah soalan supaya kita tahu apa yang kita mahukan sebenarnya
==

Kesimpulannya, sebelum kita memulakan sebarang bisnes, tanya dahulu soalan yang betul supaya kita mempunyai matlamat yang jelas. Daripada soalan ini, kita sudah boleh menetapkan matlamat yang kita mahu capai. Contohnya soalan “Kenapa aku perlu berbisnes?”

Jawapan yang kita boleh berikan adalah:

  • Untuk mempunyai masa dan wang yang banyak.
  • Kerana, dengan masa dan wang yang banyak ini, aku dapat lebih masa bersama dengan keluarga.
  • Oleh itu, aku boleh melihat mereka membesar bersama-sama di depan mata.

Apabila kita bertanya soalan yang tepat, kita akan mendapat jawapan yang tepat juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top