Jangan mulakan bisnes, sebelum mempunyai matlamat!

Apabila kita mahu memulakan bisnes online (secara serius mahupun part-time), pasangkan satu matlamat, ke mana kita mahu pergi apabila sudah memulakan bisnes online.

Kerana, apabila kita mempunyai 1 matlamat yang khusus, kita akan fokus untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengelak daripada melakukan perkara yang ‘tidak perlu’ apabila sudah memasang matlamat yang jelas di dalam fikiran kita.

Jangan mulakan bisnes, sebelum mempunyai matlamat!

==
Lain guru, lain caranya.
==

Ada guru, nasihatkan supaya memasang niat ketika mahu memulakan sebarang bisnes.

Ada guru yang menasihatkan supaya memasang cita-cita.

Ada juga guru yang menasihatkan supaya memasang 1 matlamat/goal untuk dicapai.

Apa yang penting, kita perlu mempunyai 1 tujuan yang khusus, kenapa kita mahu memulakan bisnes online.

 

==
3 Contoh Matlamat Dalam Bisnes Online
==

Contoh matlamat bisnes yang kita mahu capai adalah:

1) Mahu membangunkan ekonomi Islam melalui penghasilan produk yang suci, bersih dan halal.

2) Mahu menyelesaikan hutang dalam masa 2 tahun.

3) Memiliki pendapatan RM100,000 sebulan dalam masa 5 tahun daripada sekarang.

Apabila kita mempunyai satu matlamat yang jelas, kita tahu apa yang perlu dibuat untuk mencapai matlamat kita itu.

Matlamat kita ini juga menjadi garis panduan kepada kita supaya tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah dan tidak mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.


Nota Kaki:
Ramai peniaga baru pada hari ini tidak memasang matlamat yang jelas di dalam kotak fikiran mereka.

Kesannya, ramai yang membuat bisnes pada hari ini kerana ikutan. Nampak orang buat bisnes, dia pun mahu buat bisnes. Tidak mempunyai pendirian sendiri dan buat bisnes tanpa berfikir panjang.

Apabila kita gagal untuk merancang, sebenar kita sedang merancang untuk gagal. Risiko kegagalan menjadi tinggi kerana tidak mempunyai matlamat yang jelas. Tiada matlamat, tiada semangat untuk membuat bisnes lagi.

 

==
Kesimpulannya..
==

JADI! Pasangkan satu NIAT atau MATLAMAT sebelum memulakan bisens online kita ini. Besok, kita akan pelajari cara untuk menetapkan matlamat dalam bisnes online.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top