SEJARAH DI SEBALIK RESEPI NASI ARAB MANDY EHSAL IMTINAN YANG SEDAP DAN MENYENTUH KALBU

 

Jika anda perhatikan sekarang ini, anda boleh temukan restoran Nasi Arab hampir dimana sahaja. Hal ini adalah kerana restoran Nasi Arab sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang sangat sukakan makanan. Tidak kira makanan daripada negara mana sekalipun, pastinya akan menjadi tular dan popular di Malaysia. Apatah lagi bila makanan tersebut berasal dari negara Arab seperti Nasi Arab Mandy.

Di restoran Nasi Arab, anda bukan hanya boleh memilih hidangan Nasi Arab Mandy sahaja. Anda juga mempunyai berbagai lagi pilihan seperti hidangan ayam, salad, hidangan seperti hidangan Barat versi Arab, dan macam-macam lagi. Perkara yang paling menarik mengenai setiap hidangan di restoran Nasi Arab adalah, setiap hidangannya mempunyai portion yang sangat banyak!

Namun, ada satu masalah yang sangat ketara mengenai restoran Nasi Arab iaitu kebanyakan restoran menyediakan hidangan yang tidak mencapai standard asas Nasi Arab Mandy. Kalau anda tak percaya, anda boleh mulakan misi food hunting Nasi Arab Mandy di restoran-restoran Nasi Arab yang terletak berdekatan dengan kediaman anda. Anda pastinya bersetuju jika dari tiga restoran yang anda pergi, mungkin hanya satu sahaja atau tiada langsung yang akan membuatkan anda mengatakan Nasi Arab Mandy ini adalah sedap.

Disebabkan oleh hal tersebut, ramai jugalah yang mencuba untuk memasak sendiri Nasi Arab Mandy di rumah. Bergantung kepada resepi mana yang anda ikuti dan tahap kepakaran anda dalam bidang masakan, besar kemungkinan apa yang bakal terhasil juga tidak jauh bezanya dengan hidangan nasi Arab Mandy di restoran-restoran Nasi Arab tersebut.

Anda bukan sahaja follow apa yang diceritakan didalam resepi step-by-step, malah ada juga yang siap dengan menonton video cara memasak di Youtube dan sumber lain. Hal ini adalah kerana anda tidak ingin melakukan sebarang kesilapan dalam menyediakan hidangan Nasi Aran Mandy anda sendiri. Namun, bukan semuanya akan berhasil seperti yang kita harapkan. Setuju? Ada kemungkinan besar sumber yang kita rujuki tersebut bukanlah pakar dalam memasak Nasi Arab Mandy maka hasilnya juga tidak up to standard.

Jadi, apa solusi terbaik untuk mendapatkan Nasi Arab Mandy yang paling sedap? Bila dah sampai tahap ini, anda pastinya memilih untuk mencari pek segera Nasi Arab Mandy. Cari punya cari, akhirnya anda bertemu juga dengan pek segera tersebut. Tapi sayangnya hasil Nasi Arab Mandy tersebut masih lagi bukan apa yang anda inginkan. Menyedari akan masalah yang sering dihadapi oleh para penggemar hidangan Nasi Arab Mandy, seorang chef telah pun mengambil keputusan untuk menghasilkan satu masterpiece yang sangat superb!

Chef tersebut adalah Chef Hafiez Bunaim. Beliau menghasilkan pek segera Nasi Arab Mandy Ehsal Imtinan yang sekarang ini telah menjadi tular dan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar hidangan Nasi Arab Mandy. Pada mulanya beliau mengusahakan sebuah restoran namun kemudiannya beliau terus bertukar kepada pembuatan produk kegemaran ramai seperti Nasi Arab Mandy ini.

Cita-cita asal beliau adalah untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Tapi siapa sangka kan? Aturan Tuhan tu sangat indah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Begitulah juga buat Chef Hafiez Bunaim. Apa yang beliau hasilkan ini ternyata telah berjaya menyelesaikan masalah orang ramai.

Bayangkan kalau harga standard di restoran untuk Nasi Arab Mandy sekitar RM10-25 untuk seorang makan. Tapi Nasi Arab Mandy Ehsal Imtinan ni pula pada harga RM25 boleh dinikmati oleh lima ke enam orang! Beras pula adalah dari beras yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, pes nasi dan rempah tumis telah disediakan.

Apa yang lebih menarik adalah anda akan turut diberikan pes perapan untuk hidangan lauk yang boleh digunakan untuk ayam atau kambing. Selain itu, arang akan turut diberikan untuk meningkatkan aroma ditambah pula dengan resepi Sos Salatoh. Chef Hafiez Bunaim memang benar-benar berjaya dengan produknya kali ni kerana pek Nasi Arab Mandy Ehsal Imtinan ini dapat disediakan sepantas 7 minit. Lambat sikit jer berbanding dengan masak mee segera. Mungkin lepas ni anda dah boleh simpan stok Nasi Arab.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan Nasi Arab Mandy Ehsal Imtinan. Kalau anda teringin untuk merasai sendiri kelazatan masterpiece Chef Hafiez Bunaim ini, anda boleh hubungi >>>>wasap.my/60199828769/NasiArab

 

P/s : Korang boleh share post ni biar ramai dapat manfaat.

 

#NasiArabMandyMengidam

www.facebook.com/NasiArabMandyMengidam

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *