Belajar kenal pelanggan

Pelanggan adalah penggerak utama untuk bisnes kita bertahan lebih lama. Tanpa pelanggan, susah untuk bisnes kita berjalan lebih jauh dan membesar. Dengan mengenali pelanggan sebenar, mudah untuk kita menjual kepada mereka yang betul-betul mahu membeli produk kita.

Belajar kenal pelanggan

==
5 Cara – Kenali pelanggan sebenar kita dengan lebih rapat
==

Bagi pemilik produk, tugas kita adalah mengenali pelanggan. Cara untuk mengenali pelanggan adalah:

1) apa masalah sebenar pelanggan kita.
2) di mana mereka sering berada.
3) medium apa yang sesuai untuk sampaikan maklumat produk kita kepada pelanggan.
4) media yang bagaimana golongan pelanggan kita ini suka baca.
5) bahasa-bahasa yang mudah difahami oleh pelanggan.

 

==
1) Cara Pertama
==

Kenal pelanggan bermaksud,

a) Kita tahu apa masalah pelanggan.
b) Kita tahu cara untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan.
c) Kita tahu siapa yang ada masalah ini dan kita bantu menyelesaikan masalah mereka.

Jadi, cara pertama untuk kenal pelanggan dengan lebih dekat lagi adalah..

–> TAHU MASALAH UTAMA PELANGGAN.

Apa masalah utama pelanggan tuan-tuan dan cikpuan?

i) Berat badan berlebihan?
ii) Duit tak cukup setiap bulan?
iii) Tak tahu memasak?
iv) Nak beli rumah, tapi takut loan tak lepas sebab gaji bawah RM1,200?
v) Susah nak mengandung?
vi) Takut ambil kad perlindungan insurans?
vii) Kawasan rumah tempat nyamuk denggi membiak?

Apabila kita tahu masalah utama pelanggan, kita tahu siapa yang ada masalah utama ini. 🙂

 

==
2) Cara Kedua
==

Apabila kita sudah tahu siapa yang ada masalah utama, kita kaji di mana pula mereka selalu melepak.

Di dalam Facebook, blog, Instagram, Youtube ataupun Google?

Tujuannya adalah untuk menentukan di mana golongan pelanggan yang mempunyai masalah ini selalu melepak.

Cara untuk mengkaji, kita boleh lihat, mereka selalu masuk dan mencari jalan penyelesaian melalui medium apa?

a) Membaca artikel di blog?
b) Melihat video tutorial di Youtube?
c) Membaca tip-tip di Facebook?
d) Mencari carian di Google?

Daripada kajian ini, kita boleh rumuskan di medium mana kita patut tumpukan mesej pemasaran untuk golongan pelanggan sebenar kita.

 

==
3) Cara Ketiga
==

Medium yang sesuai untuk sampaikan mesej dan maklumat produk kepada pelanggan.

Cara ketiga ini ada hubung-kaitnya dengan cara kedua. Iaitu, kita tahu di mana pelanggan sebenar kita banyak melepak. Di Facebook ke? Di Google ke? Ataupun, di Instagram.

Apabila kita sudah dapat tahu di medium mana yang pelanggan selalu banyak berada, tumpu dan fokus kepada medium tersebut dahulu.

 

==
4) Cara Keempat
==

Kita sudah tahu apa masalah utama pelanggan. Kita sudah kenal pelanggan mana yang ada masalah utama tersebut.

Kita sudah kaji, di mana pelanggan yang mempunyai masalah utama ini selalu melepak untuk mencari cara penyelesaian kepada masalah mereka.

Tugas kita seterusnya adalah menyampaikan mesej pemasaran dalam bentuk bahan bacaan yang disukai oleh pelanggan kita.

Kita boleh tulis mesej dan maklumat produk kita dalam bentuk:

a) Content Marketing.
b) Artikel.
c) Infografik.
d) Story-telling.
e) Video informasi.
f) Mesej bergambar.

Sebagai contoh, pelanggan kita banyak mencari penyelesaian melalui medium Facebook.

Di Facebook, kita boleh berkongsi tip-tip dalam bentuk artikel, Content Marketing mahupun Story-telling.

Contoh lain, pelanggan kita banyak mencari penyelesaian di dalam blog. Kita boleh tulis artikel tutorial, infografik, Content Marketing ataupun Story-telling.

Atau, pelanggan kita banyak melihat video di Youtube. Kita boleh muat naik video tutorial atau video informasi ke dalam Youtube untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan kita.

 

Apa yang paling penting;

  1. Kita tahu di mana pelanggan kita banyak berada di dalam medium Internet.
  2. Bentuk saluran media yang betul dan berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah utama pelanggan kita.

 

==
5) Cara Kelima
==

Akhir sekali, kaji dan belajar bahasa yang selalu digunakan oleh pelanggan sebenar kita. Masukkan bahasa pelanggan ini semasa menulis di dalam media kita ini nanti.

Jika pelanggan kita dalam kalangan rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu, gunakan Bahasa Melayu.

Jika pelanggan kita berada di luar negara, gunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan untuk menyampaikan maklumat produk kita.

Jika pelanggan kita dalam kalangan kerjaya elit seperti doktor ataupun peguam, guna bahasa yang lebih sopan dan melambangkan status kerjaya mereka.

Jika pelanggan kita sudah biasa menggunakan perkataan yang mudah difahami, beritahu pelanggan dalam bentuk perkataan yang difahami oleh mereka.

Sebagai contoh, kebanyakan orang yang sakit lutut, akan menggunakan perkataan “sakit lutut” dalam perbualan harian mereka.

Bagi golongan doktor mahupun ahli farmasi, mereka banyak menggunakan istilah “osteoartritis” untuk menunjukkan pesakit mereka yang sakit lutut.

Tujuannya, supaya pelanggan kita faham dengan apa yang kita mahu sampaikan kepada mereka. Apabila pelanggan faham, mudah untuk mereka membeli produk kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top