Anda boleh gunakan teknik di bawah untuk membina kredibilit dalam niche yang anda mahu kuasai..
Pertama : Tentukan apa matlamat anda.
Membina kredibiliti dalam dunia IM memerlukan anda untuk menyumbang sesuatu. Jadi, cari satu topik yang anda minat. Dunia IM selalunya berkaitan dengan niche make money online. Maka, anda perlu sumbangkan sesuatu yang jelas dan terang.
Niche Make Money Online terlalu besar bagi anda sebagai beginner untuk membina kredibiliti. Lebih baik anda kecilkan skop make money online kepada beberapa perkara yang lebih kecil seperti pemasaran artikel atau SEO atau adsence.
Ia adalah adat untuk anda bermula dari bawah, Walaupun si anak mewarisi perniagaan dari ayahnya, anaknya tetap perlu bermula dari bawah untuk belajar bagaimana perniagaan ayahnya berfungsi. Tiada satu perkara pun bermula dari atas dan tetap berada di atas.
Semuanya bermula dari bawah dan bergerak ke atas dan tetap berada di atas. Walaupun anda jatuh ke bawah, anda tetap berada di atas kerana apa yang paling penting dalam kehidupan adalah pengalaman dan pengetahuan. Kebanyakan newbie bertindak dengan kurang bijak untuk membina kredibiliti melalui tindakan melulu.
Contoh paling jelas dalam situasi bermula dari bawah adalah syarikat menjual makanan segera. KFC, MCD dan Pizza Hut tetap boleh berjaya walaupun mereka tidak menjual semua jenis makanan. Mereka bermula dari kecil, kemudian baru mereka mengembangkan perniagaan mereka.
Sekarang, anda boleh lihat walaupun Pizza Hut bermula dengan hanya menjual Pizza, sekarang terdapat berbagai makanan di kedai mereka termasuklah spaghetti dan ayam. Jadi, anda pilih satu perkara yang anda rasa boleh anda lakukan. Jika tidak boleh, anda perlu belajar. Kemudian, anda fokus pada perkara itu sahaja.
Kedua: Bina kredibiliti melalui kepakaran anda.
Pertama, anda pilih bidang yang anda ingin kuasai. Kedua, bina sebuah laman web professional sebagai kubu dalam perjalanan anda membina kredibiliti. Kemudian, belajar untuk jadi pakar dalam bidang yang anda pilih.
Ada dua cara untuk membina kredibilit melalui kepakaran.
Cara pertama, memberi pengetahuan asas kepada pembaca. Contohnya anda ingin menumpukan perhatian dalam adsence. Maka, anda menulis atau menunjukkan cara bagaimana hendak mendaftar dan konsep adsence.
Kemudian anda kembangkan ia kepada cara untuk membuat laman web beserta dengan iklan adsence. Kemudian ,anda kembangkan ia satu persatu.
Cara kedua adalah peka pada perkara baru. Dari contoh di atas, sentiasa cari perkara terbaru yang terjadi dalam dunia adsence. Semakin cepat anda mendedahkan perkara baru yang terjadi, semakin anda akan di perkatakan ramai orang.
Ketiga : Promosi Laman Web anda.
Kita berada dalam dunia realiti dan tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jadi, saya akan berterus terang dengan anda. Ada dua cara untuk promosikan laman web anda. Pertama, kaedah percuma. Kedua, kaedah berbayar. Kedua-dua kaedah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
- Kaedah Percuma
Ada dua cara yang agak berkesan untuk promosi laman web anda iaitu pemasaran forum dan viral report. Untuk pemasaran forum, anda boleh promosikan laman web anda melalui siggy anda atau bahagian pengiklanan sedia ada.
Kebanyakan forum mempunyai bahagian pengiklanan percuma dan jika anda tidak mampu untuk bayar jika pengiklanan di forum tersebut adalah berbayar, promosi sahaja melalui siggy.
Lakukan posting-posting yang berguna untuk ahli forumer yang lain. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kepakaran kepada anda.
Jika anda pakar dalam bidang adsense, sentiasa lebihkan perbincangan di bahagian tersebut. Awas! Pastikan perbincangan anda adalah dalam bentuk ilmiah. Ia penting untuk membina kredibiliti anda. Jika ada blog direktori, masukkan blog anda di dalamnya.
Untuk cara kedua, saya cadangkan anda anda buat satu laporan percuma untuk diedar kepada orang ramai. Laporan yang anda bina perlu eksklusif dan mempunyai harga. Saya ambil contoh adsense sekali lagi. Untuk membina kredibiliti anda boleh menulis laporan mengenai perkara berikut :
- Cara terpantas membuka akaun adsense.
- Teknik untuk mendapat 100 USD pertama anda melalui adsence.
- Cara membina web adsense.
Tuliskan sesuatu yang akan memberi kepuasan kepada si pembacanya. Semakin puas pembaca laporan anda, semakin tinggi kredibiliti anda akan meningkat. Anda boleh letakkan link ke laman web atau squeeze page anda di dalam laporan tersebut.
Edarkan laporan tersebut ke forum-forum dan rakan-rakan anda yang mempunyai minat yang sama. Izinkan pembaca laporan anda untuk mengedarkan laporan anda kepada orang ramai untuk membentuk pemasaran viral terpantas.
2. Kaedah Berbayar
Jalan terpantas untuk membina kredibiliti adalah dengan menggunakan wang. Wang mampu membeli hampir segala-galanya termasuklah kredibiliti. Promosi menggunakan kaedah berbayar membantu anda untuk membina kredibiliti dengan lebih pantas.
Melalui langkah satu dan dua, anda telah mempunyai asas kredibiliti. Langkah ketiga pula berfungsi untuk mempromosi kredibiliti anda. Di sini, saya akan tunjukkan satu cara mudah untuk membina kredibiliti melalui kaedah berbayar.
Pertama, anda perlu bina satu landing page lengkap dengan opt-in. Kedua, anda lakukan promosi landing page yang anda bina. Di bawah adalah antara kaedah promosi berbayar yang boleh anda lakukan.
- Membeli ruang pengiklanan banner di blog-blog.
- Membeli ruang pengiklanan di laman web yang mempunyai trafik yang tinggi seperti bharian.com dan malaysiakini.com. Walaupun pengiklanan seperti ini adalah rawak, anda boleh memperoleh targeted prospek apabila mereka melakukan opt-in.
- Melakukan pengiklanan secara pay per click seperti google adword.
- Membeli pengiklanan secara pay per view di laman sosial seperti facebook dan laman web download seperti ziddu.
- Membeli pengiklanan dari pemilik mailing list. Minta pemilik mailing list untuk melakukan promosi mengenai landing page anda.
- Mengumpul mailing list melalui pertandingan Pay Per Lead.
Di atas adalah antara kaedah berbayar yang ada untuk anda lakukan promosi dan seterusnya membina kredibiliti anda sebagai IM terbilang.
3 Langkah demi langkah membina kredibiliti.